CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 12 September 2011

Balik kampung untuk menghantar pengantin.

Wah.. bulan ni asyik balik kampung je. Kalau kebiasaannya, balik pun dalam sebulan sekali. Walaupun journey tu jauh (sikit la..) dan penat, tapi seronok.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan semua org ada di dalam kereta ye.

Si kecik hendaklah diberi minum susu yg secukupnya supaya dia akan tido nyenyak dan mengelakkan mama nya stress!


Si abang hendaklah dibekalkan dgn drawing block supaya tidak bergaduh dengan si kecik.


Mama standy macam mem besar kat belakang. Get ready untuk tidoo...


Ayah yg bengang sebab semua org bersiap untuk tido dan dia kena berjaga..


Don't worry ayah.. Nanti i duduk depan temankan u ye. Diorg dok belakang tengok movie.. Psst.. cepatlah amik keta tu.. :P

Macam biasa lepas keluar ye highway Senawang / Seremban, kita lalu kat atas Jambatan Kedua Tertinggi di Malaysia.. Bukit Putus.


Setelah ikut belakang kereta, lori, bas dan sebagainya.. sampai dah ke Batu Kikir Jambatan Bosi.. (tang mana yg bosi eh tu, eden pun tak tau..)


Kalau dah nama nya pun balik kampung, mesti kita akan berjumpa incident sebegini. Sila beri laluan.


Akhirnya sampai di tempat yg dituju. Atuk, kami dah sampai..



Thursday 8 September 2011

Sibuk + penat

Sudah lama nampaknya tidak meng'update' cerita. Semuanya gara2 terlampau sibuk. Reason utama : Adik nak kawen. Reason kedua : Office is no longer a happy place seperti dahulu kala.. Hmm..

Raya..?

Bila ibu sudah tiada, Raya rasa seperti biasa2 je... Beruntung la pada yg masih ada ibu bapa..

Sibuk ..?

Sibuk la jugak.. Sambil2 cari persiapan raya, cari jugak persiapan brg2 kawen. Nasib baik la ini kenduri yg last...

Office..?

Punya la ramai umat yg datang bukak Gold akaun kat bank.. Rasa nak longgar tgn ni menaip, letih mulut ni nak bercerita.. Lebih2 lagi bila bulan pose, kalau boleh, rasa nak hirup sikit air kosong menghilangkan letih bercakap.. Minta maaf ye client2 tersayang.. saya hanya manusia biasa, kalau terbuat muka sikit.. Hehehe..

Penat..?

Otak ni lagi penat dari badan. Lebih2 lagi hal kat ofis.. Aduhai, this is the worst year ever.. Minta maaaaf. Saya hanya mampu melihat kepelbagaian perangai anda..

Dan terima kasih pada Dini & membernya kerana sudi dtg mengemas rumah..

Out of here.. Nagantuk.

Monday 1 August 2011

Qamilla lagi.. dan lagi... dan lagi...

Mission : Mencari baju raya Mr Ed & Mrs Ed.
Awalnye.. : Tak kuasa la nak pi shopping time puasa.
Ke mana : Tidak boleh tidak, mesti la QAMILLA... :)

(fb : Qamilla)



Hasil nya : Baju raya tahun ni kaler MERAH..!!


Baju Mrs Ed.



Baju Mr Ed.



Sunday 24 July 2011

From Bandung with love.

Balik dari trip Hong Kong on Feb, pegi ke Bandung on April. Nasik baik Dina ok dlm kapalterbang. Suspen sungguh tengok dia tak leh nak duduk diam. Takut insiden balik dr HongKong berulang kembali.. hehehe.. Kat Bandung tak banyak ambik gambar sebab memang tak teringat dan tak sempat langsung nak berposing2. Overall, best tapi penaatt. Boleh pulak 1st night tido situ dah mengigau pulak. Punye la beria nak bangun pi mandi pagi sebab tgk jam dah pukul 7, rupa2nya baru 4.30 pagi... Hotel ok, tourist guide pun ok. Thanks to Aznam sebab recommend kan si Harry ni. Shopping? Tak de la beria2 sgt pun. Dah namanye pun bawak budak2..Mana la ada masa nak membelek sgt brg2 kat sana. Penat betul tutup bukak stroller.Sempat la gak sambar serba sedikit baju, kain ela.. Anyhow, it was fun walaupun sempat lah merasa gegaran kecil time bershopping di Pasar Baru.. Mmm.. Looking forward to our next trip. Before end of this year, we plan to go to Kuching or Kota Kinabalu.. Tak penah gi belah sana. So, teringin la pulak.. Oversea? Tahun depan la.. kasi cantik dulu budget nya.

Posing dulu sebelum berlepas. Kali ni berhati2 tengok time supaya tak lambat macam pegi HK ari tu.


Diorg ni tengah tengok kartun version bahasa Indon. Ceh, cam faham je si kecik ni..


Trip pun bermula.






















Thursday 21 July 2011

Bisnes MLM.. (Yg tak sedap di dengar..)

If anyone still wondering whether I masih buat my part-time business, yes, bisnes still jalan. But according to my plan. not YOUR plan. Bukannya nak bodoh sombong berlagak etc. But I believe that everyone has their own strength, strategy, preference blablabla.. Yang baik2, saya amik dan copy, yg tak baik saya ignore. Dan alhamdulillah, walaupun tak kaya mendadak, rezeki sentiasa ada. Maybe sebab tak berniat "menipu" kot.. :)

Taapiii, saya memang tak cukup berkenan "strategi" yg digunapakai oleh sesetengah pihak. And it has somehow affected the MLM concept dari segi etika bekerja dan of course perception org. Well, I dont condemn semua bisnes MLM or direct selling, in fact, saya sendiri beli few products diorg (from different companies) and I like it so much. Cuma sekadar nak berkongsi pendapat diri sendiri. And after meeting some friends of mine yg buat bisnes jugak such as Takaful, Mary Kay, Zhullian, Cosway, PB, Avon, Tupperware etc.. banyak stories yg dikongsi bersama.

Antara statement "bikin panas" yg pernah didengar :


1. "Kalau nak kaya, business  je la caranya, kalau makan gaji CONFIRM tak merasa nak shopping, vacation, ulur duit kat mak bapak.. Sebab tak sampai ujung bulan, duit sure x cukup."

Wow! What a statement. I strongly think, bukannya punca mana duit tu dtg yg membolehkan anda berbelanja sebegitu rupa, tapi its HOW you manage your income and expenses. If you dont know how to manage your financial, why must you assume that everyone else pun tak leh manage duit dia sendiri (yg dia dapat dr gaji bulanan dia?). If people managed to do semua perkara di atas dgn menggunakan gaji yg diterima bulan2 tu, they are superb. Amat lah berdisiplin dlm menguruskan wang. Some of us (yg makan gaji) feel that you have somehow meng"downgrade" kerja kitorg ni. Maybe this is your strategy to boost our motivation to get out from our comfort zone, tapi takkan lah sampai nak memandang rendah kat pekerjaan kami ni..


 
2. "Ikut je cara leader, duplicate bulat2, CONFIRM dapat..!"

Sorry, if you want to follow blindly, go ahead. I will not just become a follower because the rest are doing the same thing. I can think whether it is right or wrong. Contoh paling senang la, if you don't sell all 20 pcs of your stocks, jgn "pancing undi" dgn menipu prospect anda yg you have sold all of them. It is misleading, it's a lie. You're a liar. Kalau ini dikatakan marketing strategy, well, I studied marketing during my uni years, takde la pulak dlm syllabus kata suruh menipu style mcm ni. And I really don't get it why you want us to keep quiet and just agree to what you said during your "presentation" / "closing"..? Kalau salah, takkan la I have to angguk2 jugak..? Well, I'm sorry, that's is not me. Sama jugak when you are in the office. If the boss is saying something which is not right / against the policy, will you speak up or just duduk diam2. If you want to kipas bos, go ahead, I won't.



3. Tolak tepi segala alasan, orang yg gagal selalu banyak alasan.

It is true. But, alasan tu pelbagai. Ada yg logik, ada yg memang alasan. Kalau anak tengah sakit, takkan nak tinggalkan. Yang bercakap tu selalunya yang ada 'maid' kat rumah, takpun yang adik beradik atau mak ayah / mertua staying nearby. Kalau alasan belum bersedia, kebanyakan nya nak 'siasat' dulu pasal company's history, products, marketing system etc.. Sekarang ni byk yg menipu. Mestilah kena betul2 kenal dan faham. Kalau yg kata takda modal, bagi peluang untuk kumpul modal dulu, bukannya senang nak cari duit untuk set up business. Buat personal loan? Nampak mudah, tapi risiko nye diri sendiri yg tanggung. Takde org yg akan share risiko itu. Diorg hanya akan memberi kata2 "perangsang" je. Kalau kita 'tergilincir', senang2 diorg boleh kata kita tak cukup usaha.



4. Ini bukan sistem pyramid. Confirm tak sama!

Be careful. Be very careful. In the company's magazine / bulletin, ada tersenarai syarat2 dan cara2 yg tidak dibenarkan. But, if you didn't notice, the strategies are similar to what you applies / promote. A friend of mine noticed the similarities the minutes when she was approached and briefed by one of the "consultant". I'm glad that I'm a banker. Because banker selalu dapat awareness dari segi courses or news even tips tentang scam, fraud, money laundering etc.


5. Create excitement, achievement, testimonial. Show-off your achievement.

I know some people go to the extend where they create fake testimonials. Dan ada yg join the company trip by buying the ticket, even when they are still not qualified for the trip. Showing-off or sharing? This is maybe your marketing strategy. You know what is right or wrong.

These are my / our opinion. Doesn't matter whether you like it or not :P




Thursday 14 July 2011

The (monthly) visits to Sime Darby Medical Centre.

First, check my appointment card. Cuba elakkan kes terlupa-ada-appointment berulang kembali. Keluar pagi2 untuk mengelakkan traffic jam. Sampai2 je, bagi org yg selalu terlupa parking keta kat mana, wajib amik gambar ni...


Then, terus pergi ke 3rd floor utk registration. Wait for your turn. Tapi its ok, service sini memang laju.



Ok. My turn. Isi form cam biasa. Dah bertahun2 isi form ni, sambil tutup mata pun boleh tulis.


Dah isi form, pergi ke counter depan bilik doktor. Ambik form utk blood test kat 5th floor.



Layan tv while waiting for your turn. 


Ok, turn dah sampai. Bersedia untuk di cucuk.Ouch!


Dah settle, pergi balik ke 3rd floor untuk submit form. Kena dtg balik lepas 2 jam / bila result dah dapat. Dan terus ke cafe untuk berbuka puasa..




Dah selesai makan, apa nak buat selama 2 jam ni.. Kalau malas, lepak je la kat sini sambil tgk tv. Hmm.. gi Empire la nampak gayanye.


Terbeli something kat Diva.


Dah tak tau nak buat apa, balik le ke SDMC. Tunggu turn sambil layan TV.



Patient Dr Yeap memang ramai..


Ok. Consultation done, next appointment dah set, pergi collect ubat kat Farmasi. Layan TV lagi.



Itu la dia rutin bulanan (kalau nasib baik, 2 bulan sekali) seorang pesakit / penghidap (?) Rheumatoid Athritis..